Wednesday, 4 September 2013

Remaja dan Media Massa


Good Afternoon to all Readers and Bloggers..

For how long I haven't been post anything news in this blog..

Dalam post sebelum ini saya ada memberi perkaitan Remaja..Perubahan Diri dan Masalah Sosial.. dan pada hari ini saya akan kaitkan media massa dan remaja. sebagaimana kita sedia maklum, media massa ini bukanlah punca kepada segala  masalah sosial yang melibatkan remaja akan tetapi ianya bergantung kepada bagaimana remaja itu sendiri menggunakannya sama ada untuk kebaikan ataupun yang membawa keburukan pada diri mereka..

Media sangat penting dalam era kini. Media cetak mahupun elektronik berperanan besar bukan sahaja dalam menyampaikan fakta atau maklumat terkini mengenai sesuatu isu, tetapi juga wadah untuk memperkenalkan sesuatu budaya dan aliran pemikiran yang baru. Kita mengetahui bahawa remaja menjadi aset negara yang paling bernilai dan negara terbentuk berdasarkan acuan yang telah diberi kepada mereka.
Jika acuan itu berbentuk pendidikan, maka remaja yang terhasil adalah remaja yang berpendidikan. Jika acuan yang diterima remaja berdasarkan hiburan tanpa batasan, maka mereka akan terbentuk sebagai remaja yang hanya memikirkan mengenai hiburan dan keseronokan semata-mata.

Kita sedia maklum, baik diri kita sebagai remaja turut mengenal dunia melalui persekitarannya. Apa yang diacu kepada kita melalui aspek pendidikan, hiburan, sosial, ekonomi dan politik membentuk remaja yang sebegitu. Tambahan pula, bidang komunikasi dan maklumat berkembang daripada hanya penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan dan penyebaran maklumat daripada mulut ke mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata yang tajam iaitu melalui tulisan di media cetak. Terkini, penggunaan audio visual dan komputer seperti televisyen, radio dan Internet menjadi saluran menyampaikan sesuatu isu dan pandangan.

Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain. Cohen seorang tokoh komunikasi terkemuka menyatakan, 

"dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan".

Justeru, media mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada remaja. Ini kerana remaja kini menjadikan media massa sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah ataupun rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka. 

Kebaikan Media Massa Terhadap Para Remaja serta Masyarakat

Tokoh-tokoh terdahulu menjadikan media sebagai wacana untuk menyebarkan kefahaman mengenai kenegaraan, kekeluargaan, kebudayaan, keagamaan serta banyak lagi. Ini secara tidak langsung bertujuan memupuk nilai-nilai positif dan baik dalam diri pembaca atau pendengarnya. Misi Nasional menekankan aspek pembangunan modal insan 'minda kelas pertama' dan bina upaya untuk melonjak sebagai status negara maju. Melalui Pelan Integriti Nasional pula, negara menginginkan modal insan yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu sains dan teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif, pengamalan nilai etika dan juga menitik beratkan aspek moral yang tinggi. Oleh itu, media mampu menjadi medium yang luas untuk mendidik masyarakat terutamanya remaja dalam acuan yang didambakan.



 

2 comments:

  1. sebenarnya media massa ini penting, kepada setiap individu terutama remaja tapi media massa akan disalah gunakan oleh remaja jika mereka tidak tahu menggunkannya dengan betul dan melalui media massa juga maslah mengenai remaja akan meningkat.. (^_*)

    ReplyDelete
  2. dahulu media massa memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat,,tpi dengan kemodenan yang ada zaman sekarang ..media massa telah disalahgunakan terutamanya oleh golongan muda,,dengan adanya kecanggihan media massa banyak fitnah tersebar,,kita hanya mampu melihat tpi tidak pandai untuk bertindak,,,gunakan media massa dengan sebaiknya..perkongsian yang menarik,,teruskan perkongsian anda... =)

    ReplyDelete