Thursday 26 September 2013

MOMENT to SHARE.. No Teenagers.. No Colours.. No Life..

Assalamualaikum n Good Morning... 

Dalam post lepas saya banyak beri penjelasan dalam erti remaja secara umum,, tentang siapa itu remaja, masalah sosial remaja masa kini dan berkenaan media massa yang  memberi pengaruh hebat terhadap remaja masa kini,, hari ini saya ingin santai bercerita berkenaan zaman gila - gila remaja.. semua orang ada pengalaman sendiri pada zaman remaja,, sama ada baik mahupun buruk, zaman inilah yang digelar zaman baru nak belajar hidup.. Am I right?? Nak bercerita zaman gila - gila tentunya banyak berlaku zaman sekolah dulu.. bercerita mengenai zaman sekolah, pasti ramai yang tidak dapat lari dari pengaruh rakan - rakan yang mana waktu inilah kita mula belajar untuk berkawan, memilih kawan.. 

Nak diceritakan zaman gila dulu tak adalah gila sangat tapi lebih kepada pengalaman hidup,, kalau diikutkan saya dan rakan - rakan lain bukanlah kalangan pelajar yang cemerlang akan tetapi tiap dari kami ada memainkan peranan masing- masing di sekolah. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOMPLEKS GONG BADAK, KUALA TERENGGANU menjadi saksi pertemuan semula saya dan rakan - rakan,, di sini juga saya betul - betul belajar mengenal apa erti persahabatan,,dan apa itu WARNA dalam remaja.. mungkin pada orang lain waktu ini waktu membolehkan kita enjoy,..hakikatnya waktu inilah pelbagai dugaan, cabaran datang menguji, bagi yang tak kuat memang hanyutlah jawabnya.. 

"...ko ni membosankan lah lin,, kawan ko yang ni jelah,, Athirah, Hazirah, Irma, Eddy, Afif dan Ikmila.. hidup macam tak ada warna,, ajak keluar taknak, bukan waktu sekolah,, hujung minggu je pun.."

ingat lagi ayat2 cinta ni selalu dilempar pada diri ini,,and thanks to him that saying me this words,, kalau tak saya tak akan ada di mana saya ada sekarang,,  yg pasti saya hanya senyum sudah,, sbb nya diakui mmg hidup ni keluar rumah pergi sekolah balik sekolah,, like I care apa org nak cakap,, but the thing is, semua orang tak tahu apa aktiviti yang dibuat, they never know that I had full time schedule,, Alhamdulillah saya tidak dikategorikan sebagai budak yang suka membawa masalah pada guru - guru akan tetapi sentiasa menjadi perhatian pd budak2 yg ada masalah di sekolah...haha,, ini kerana saya seorang yang sentiasa memerhatikan dan selalu sahaja nampak perkara2 yang agak negatif atau dalam erti kata lain sentiasa tampil untuk menjadi saksi dalam suatu perkara,, ia bukanlah satu perkara yang mudah.. no one knows about it,, and right now for sure since I tell here,,haha, pelbagai kes, masalah dalam sekolah banyak saya hadapi, saya bukanlah pengawas pada hakikatnya, cukup sekadar anda semua tahu yang perkara2 yang selalu dikaitkan banyak mengajar saya untuk lebih berhati hati dalam memilih kawan, dan jangan mudah percayakan orang sewenang wenangnya. Sehinggakan sahabat sendiri ada yang mengkhianati,.. akan tetapi, saya bersyukur dan akui dunia saya hanya sekolah, sukan dan keluarga sahaja,,

by the way, who says that saya hanya ada 6 orang sahabat di atas sahaja?? they never know what am I doing during my free time,, hari persekolahan saya penuhkan dengan waktu di sekolah,, sekiranya ada kejohanan sukan petang2 akan diadakan latihan, n tiap2 hujung minggu?? I have been training Badminton under Majlis Sukan Negeri for every week dengan beberapa atlet projek yang lain,, so ,who says that I never made friends?? hakikatnya saya lebih kenal ramai orang berbanding rakan2 sekolah yang hanya mindanya dalam kalangan rakan2 di situ sahaja.  apa yang saya ingin katakan di sini,, pada golongan remaja sekarang,, no matters how life hard,, no matter how many people say that you have no colours in life,, or what ever things that made you feel eager to try it,, then think first,, insyaallah andai terdapat halangan pd masa kini,, anda akan merasainya pada masa akan datang,, saya belajar mengenai ini melalui rakan2 yang merasainya.. tiap yang jadi pd mereka itulah jd iktibar pd saya,,, it getting late right now,, I need to stop here,, till we meet again,,akhir kata..

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah”

“Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik”

“Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu”

“Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat”

“Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya”

Wednesday 4 September 2013

Pengaruh Media Massa Terhadap Remaja

Arus globalisasi sememangnya tidak boleh dielak. Ia telah melewati sempadan komunikasi, autonomi ekonomi, politik dan sosial dan telah mewujudkan suatu budaya baru dalam berpandangan dan bersuara. Salah satu arus globalisasi yang popular di kalangan remaja dan masyarakat setempat ialah budaya hiburan yang terhidang dalam bentuk yang pelbagai. Melalui gajet-gajet yang dihasilkan oleh teknologi, remaja boleh menikmati hiburan dalam apa jua bentuk melalui apa jua jenis media, sebesar skrin wayang gambar sehingga sekecil telefon bimbit.

Selain itu, apa jua bentuk hiburan seperti nyanyian, konsert, filem, drama dan sebagainya boleh dinikmati melalui televisyen yang semakin berkembang isi kandungannya. Melalui komputer atau komputer riba pula, pelbagai jenis bentuk hiburan boleh di muat turun dan dinikmati tanpa mengira masa. Telefon bimbit yang dahulunya berfungsi sebagai alat perhubungan dan pengerat silaturrahim, kini telah berbagai fungsi, bukan sahaja untuk berbual tetapi juga menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan gambar (MMS) dan akhirnya menjadi fungsi yang merosakkan apabila digunakan dengan cara yang salah atau tidak terkawal.

Fenomena kebanjiran drama, sinetron dan filem-filem asing yang banyak berunsurkan keganasan, penderaan, dendam, cinta serta sensasi menggusarkan banyak pihak. Watak remaja yang dipaparkan seringkali tidak seimbang dari aspek fizikal dan mental. Remaja dipaparkan sebagai manusia yang bertenaga (energetik) dan berdaya saing tetapi aspek mental atau rohani pula, remaja yang dipaparkan melalui filem adalah remaja yang lemah dan mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Malahan sering dipaparkan perwatakan remaja yang tersalah haluan, tidak bijak memilih atau membuat keputusan dan bertindak melulu seolah-olah tidak memikirkan langsung masa hadapan.

Unsur-unsur negatif yang ditonjolkan barangkali berniat untuk menyedarkan tentang bahaya sesuatu kejahatan dilakukan, tetapi persoalannya adakah remaja mempunyai daya tapis dan mentakrif yang tinggi untuk menghargai mesej di sebalik drama-drama yang ditonjolkan? Apakah remaja akan lebih terkesan dengan drama yang sebahagian besarnya menonjolkan watak-watak jahat dan kebaikan atau balasan terhadap perbuatan yang jahat itu hanya muncul sedikit di penghujung sesuatu kisah?

Begitu juga halnya dengan bidang penulisan, lebih-lebih lagi yang berbentuk hiburan dan sensasi. Sekiranya remaja banyak dimomokkan dengan cerita sensasi dan hiburan, dikhuatiri ia akan menjejaskan daya pemikiran dan kreatif remaja sebagai pelapis akan datang. Justeru, kebebasan untuk media dalam era teknologi informasi ini memang sangat penting, tetapi kebebasan tentunya harus dilandasi kesedaran penuh untuk bertanggungjawab.

Jika memang benar itu adalah paparan remaja Malaysia masa kini, media seharusnya bertindak sebagai penapis atau wadah yang bertanggungjawab membetulkan apa yang silap dan bertindak sebagai cermin diri yang boleh memberi contoh dan pengajaran kepada masyarakat remaja. Apa-apa sahaja medium yang bergerak dalam masyarakat mempunya tanggungjawab sosial yang besar dalam membawa masyarakatnya ke arah yang lebih bertamadun dan bukannya menjatuhkan martabat atau merosakkan masyarakat.

Dalam konteks semasa, pengaruh media akan dipengaruhi dari sejauh mana pengguna media memiliki pengetahuan yang cukup dan menghargai dengan baik media itu sendiri. Justeru di samping adanya tuntutan komersialisasi dan upaya mengejar rating yang dilakukan oleh pengamal media, tentunya hal yang penting harus dilakukan juga adalah 

"bagaimana memperdayakan para penikmat media itu sendiri".

Penggunaan bahasa dan tingkah laku yang sesuai dalam menyampaikan sesuatu pendapat atau rencana harus sentiasa diperhatikan. Justeru, pihak media seharusnya sentiasa menjadikan nilai-nilai murni sebagai pemberat kepada wacana yang mereka ingin sampaikan dan bukan bersifat popular semata-mata. Penelitian tersebut sangat penting untuk dilaksanakan memandangkan situasi hari ini memberi kesan kepada remaja yang akan datang terutama untuk remaja yang kita dambakan pada tahun 2020 kelak.

Mesej yang ingin ditonjolkan oleh media harus mengambil kira aspek isi kandungan, tema, penggunaan bahasa yang konsisten, adab dan nilai, budaya dan sebagainya kerana media merupakan ejen penggerak kepada pengukuhan perwatakan, emosi dan budaya remaja yang baik demi membina negara pada masa hadapan.


Secara keseluruhannya, remaja adalah struktur masyarakat yang baru membentuk sebuah tiang seri. Tiang seri itu harus kukuh dengan nilai jati diri yang baik dan sekiranya tiang seri itu rapuh, maka bangunan yang ingin dihasilkan akan runtuh menyembah bumi. Oleh itu, dalam dunia yang semakin mengecil ini, kita perlu berhati-hati kerana globalisasi memang sukar kita tahan, apatah lagi dengan pendedahan kepada siaran yang tidak membina pemikiran positif dan nilai-nilai murni. Ini bererti peranan pendidikan informal di rumah yang dimonopoli oleh ibu bapa terpaksa berdaya saing dengan media. Remaja harus menerima maklumat daripada media dan mencernanya mengikut lingkungan yang benar dan mengikut landasan agama dan syariat. Langkah ini seharusnya memerlukan bimbingan banyak pihak termasuk ibu bapa serta masyarakat. Justeru, media massa sama ada media cetak atau elektronik sememangnya memainkan peranan dalam membentuk pemikiran remaja masa kini.







Remaja dan Media Massa


Good Afternoon to all Readers and Bloggers..

For how long I haven't been post anything news in this blog..

Dalam post sebelum ini saya ada memberi perkaitan Remaja..Perubahan Diri dan Masalah Sosial.. dan pada hari ini saya akan kaitkan media massa dan remaja. sebagaimana kita sedia maklum, media massa ini bukanlah punca kepada segala  masalah sosial yang melibatkan remaja akan tetapi ianya bergantung kepada bagaimana remaja itu sendiri menggunakannya sama ada untuk kebaikan ataupun yang membawa keburukan pada diri mereka..

Media sangat penting dalam era kini. Media cetak mahupun elektronik berperanan besar bukan sahaja dalam menyampaikan fakta atau maklumat terkini mengenai sesuatu isu, tetapi juga wadah untuk memperkenalkan sesuatu budaya dan aliran pemikiran yang baru. Kita mengetahui bahawa remaja menjadi aset negara yang paling bernilai dan negara terbentuk berdasarkan acuan yang telah diberi kepada mereka.
Jika acuan itu berbentuk pendidikan, maka remaja yang terhasil adalah remaja yang berpendidikan. Jika acuan yang diterima remaja berdasarkan hiburan tanpa batasan, maka mereka akan terbentuk sebagai remaja yang hanya memikirkan mengenai hiburan dan keseronokan semata-mata.

Kita sedia maklum, baik diri kita sebagai remaja turut mengenal dunia melalui persekitarannya. Apa yang diacu kepada kita melalui aspek pendidikan, hiburan, sosial, ekonomi dan politik membentuk remaja yang sebegitu. Tambahan pula, bidang komunikasi dan maklumat berkembang daripada hanya penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan dan penyebaran maklumat daripada mulut ke mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata yang tajam iaitu melalui tulisan di media cetak. Terkini, penggunaan audio visual dan komputer seperti televisyen, radio dan Internet menjadi saluran menyampaikan sesuatu isu dan pandangan.

Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain. Cohen seorang tokoh komunikasi terkemuka menyatakan, 

"dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan".

Justeru, media mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada remaja. Ini kerana remaja kini menjadikan media massa sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah ataupun rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka. 

Kebaikan Media Massa Terhadap Para Remaja serta Masyarakat

Tokoh-tokoh terdahulu menjadikan media sebagai wacana untuk menyebarkan kefahaman mengenai kenegaraan, kekeluargaan, kebudayaan, keagamaan serta banyak lagi. Ini secara tidak langsung bertujuan memupuk nilai-nilai positif dan baik dalam diri pembaca atau pendengarnya. Misi Nasional menekankan aspek pembangunan modal insan 'minda kelas pertama' dan bina upaya untuk melonjak sebagai status negara maju. Melalui Pelan Integriti Nasional pula, negara menginginkan modal insan yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu sains dan teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif, pengamalan nilai etika dan juga menitik beratkan aspek moral yang tinggi. Oleh itu, media mampu menjadi medium yang luas untuk mendidik masyarakat terutamanya remaja dalam acuan yang didambakan.



 

Tuesday 6 August 2013

Remaja.. Perubahan Diri.. dan Masalah Sosial..

Jika diikutkan, zaman remaja merupakan zaman paling indah buat diri tiap individu masing - masing, saya juga tidak lari dari semua tu.. Pada zaman inilah kami merasakan kami bebas melakukan apa sahaja yang kami mahu.Waktu ini juga dikatakan zaman nakal yang mana segalanya dilakukan mengikut kehendak dan kata hati sendiri, juga pengaruh dari rakan - rakan sebaya yang menginginkan hal yang sama. Melihat kepada status inilah yang menjadikan ramai remaja kini hidup dengan pelbagai permasalahan sosial yang merunsingkan ibu bapa dan juga masyarakat setempat. Kita tahu pelbagai cara dan kaedah yang telah dilakukan oleh banyak pihak untuk menarik golongan seperti kita ini ke arah kebaikan untuk menjadi insan berguna. Walau bagaimanapun, kebanyakan seolah - olah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sedikit generalisasi mengenai remaja: Kita boleh simpulkan masa remaja adalah zaman peralihan dari kanak - kanak kepada dewasa dan merupakan proses kematangan jasmani dan jantina. Remaja diibarat seperti “Singa yang tidur telah terjaga, menegangkan badan dan seolah-olah kuat dan segar dari rehat yang panjang, mula untuk membinasakan struktur yang luas...naluri dapat kekuatan baru akibat kelenjar hormon...kedamaian yang lalu tidak lagi wujud”. 

Remaja juga bersifat altruistic dan egosentrik, rapat dan tidak setia, suka berkawan dan keseorangan, patuh membuta tuli, menentang kuasa, idealistic dan sinis, cuai dan sensitive dan suka berpoya-poya, optimistic dan pesimistik, bersemangat dan tidak peduli (Maxwell Gitelson, 1948). Atas sifat dan ciri yang ada pada remaja inilah memudahkan pengaruh yang positif mahupun negatif menerjah masuk ke alam pemikiran dan membentuk sistem kepercayaan dan nilai tersendiri yang mungkin sukar dibetulkan. Tingkah laku negatif akan cepat diikuti dan berkembang biak sebagai amalan apabila kuatnya pengaruh luar seperti rakan sebaya, media hiburan yang turut membantu memperkemaskan amalan negatif tersebut. Dari sini lahirnya gejala yang pernah disebutkan terdahulu.