Saturday, 27 July 2013

“When adults say, "Teenagers think they are invincible" with that sly, stupid smile on their faces, they don't know how right they are. We need never be hopeless, because we can never be irreparably broken. We think that we are invincible because we are. We cannot be born, and we cannot die. Like all energy, we can only change shapes and sizes and manifestations. They forget that when they get old. They get scared of losing and failing. But that part of us greater than the sum of our parts cannot begin and cannot end, and so it cannot fail.”

Remaja..

Sebut perkataan Remaja semua orang tahu.. semua orang faham..dia remaja,, awak remaja.. saya masih remaja.. Bahkan ada sesetengah orang mempunyai masalah tentang " peningkatan umur yang tidak dapat diterima dan keremajaan yang tidak mahu dilepaskan" hahaha.. Hakikatnya zaman inilah zaman enjoy,, dan seringkali ungkapan sebegini
  
"Ala,rileks la.Sekarang kita enjoy dulu,nanti dah tua taubat la!"
Kita hidup sekali je bro!Enjoy la!

keluar daripada mulut remaja-remaja khusunya remaja Islam hari ini. Ya,memang benar hidup ini mesti enjoy.Tapi cara kita nak enjoy tu mestilah betul. Basically, menurut Rogers, (1951) remaja atau Adolescence bermaksud membesar menjadi matang. Remaja dikatakan berusia di antara 11 hingga 23 tahun, merupakan transisi antara zaman kanak-kanak dengan  zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan ekonomi serta  melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang (Azizi et. Al.,2005). Zaman remaja dikatakan bermula dari akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu tempoh peralihan dalam pusingan hidup  yang melibatkan   banyak perubahan yang berlaku, sama ada dari segi perkembangan fizikal, emosi dan kognitif di mana ia mula minat hubungan dengan rakan sebaya dan mulai belajar peranan kerja, peranan dalam keluarga dan sebagai warga masyarakat.  Zaman remaja dikatakan satu proses untuk  mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan bagi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.

Wednesday, 24 July 2013

Kaunseling Remaja

Assalamualaikum..ini adalah blog dan post pertama saya,, topik berkenaan Kaunseling Remaja menjadi pilihan saya untuk dikongsi bersama rakan - rakan blog sekalian.. Hopefully we can share, everything about Remaja.. mungkin pengalaman kita sewaktu bergelar remaja,, baik dari bangku sekolah mahupun di alam universiti..saya yakin semua orang ada pengalaman sendiri,,baik indah mahupun pahit..so here you can state, share and comment every single thing that you want to share..have a nice day:)