Jika diikutkan, zaman remaja merupakan zaman paling indah buat diri tiap individu masing - masing, saya juga tidak lari dari semua tu.. Pada zaman inilah kami merasakan kami bebas melakukan apa sahaja yang kami mahu.Waktu ini juga dikatakan zaman nakal yang mana segalanya dilakukan mengikut kehendak dan kata hati sendiri, juga pengaruh dari rakan - rakan sebaya yang menginginkan hal yang sama. Melihat kepada status inilah yang menjadikan ramai remaja kini hidup dengan pelbagai permasalahan sosial yang merunsingkan ibu bapa dan juga masyarakat setempat. Kita tahu pelbagai cara dan kaedah yang telah dilakukan oleh banyak pihak untuk menarik golongan seperti kita ini ke arah kebaikan untuk menjadi insan berguna. Walau bagaimanapun, kebanyakan seolah - olah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sedikit generalisasi mengenai remaja: Kita boleh simpulkan masa remaja adalah zaman peralihan dari kanak - kanak kepada dewasa dan merupakan proses kematangan jasmani dan jantina. Remaja diibarat seperti “Singa yang tidur telah terjaga, menegangkan badan dan seolah-olah kuat dan segar dari rehat yang panjang, mula untuk membinasakan struktur yang luas...naluri dapat kekuatan baru akibat kelenjar hormon...kedamaian yang lalu tidak lagi wujud”.
Remaja juga bersifat altruistic dan egosentrik, rapat dan tidak setia, suka berkawan dan keseorangan, patuh membuta tuli, menentang kuasa, idealistic dan sinis, cuai dan sensitive dan suka berpoya-poya, optimistic dan pesimistik, bersemangat dan tidak peduli (Maxwell Gitelson, 1948). Atas sifat dan ciri yang ada pada remaja inilah memudahkan pengaruh yang positif mahupun negatif menerjah masuk ke alam pemikiran dan membentuk sistem kepercayaan dan nilai tersendiri yang mungkin sukar dibetulkan. Tingkah laku negatif akan cepat diikuti dan berkembang biak sebagai amalan apabila kuatnya pengaruh luar seperti rakan sebaya, media hiburan yang turut membantu memperkemaskan amalan negatif tersebut. Dari sini lahirnya gejala yang pernah disebutkan terdahulu.