Good Afternoon to all Readers and Bloggers..
For how long I haven't been post anything news in this blog..
Dalam post sebelum ini saya ada memberi perkaitan Remaja..Perubahan Diri dan Masalah Sosial.. dan pada hari ini saya akan kaitkan media massa dan remaja. sebagaimana kita sedia maklum, media massa ini bukanlah punca kepada segala masalah sosial yang melibatkan remaja akan tetapi ianya bergantung kepada bagaimana remaja itu sendiri menggunakannya sama ada untuk kebaikan ataupun yang membawa keburukan pada diri mereka..
Media sangat penting dalam era kini. Media cetak
mahupun elektronik berperanan besar bukan sahaja dalam menyampaikan
fakta atau maklumat terkini mengenai sesuatu isu, tetapi juga wadah
untuk memperkenalkan sesuatu budaya dan aliran pemikiran yang baru. Kita
mengetahui bahawa remaja menjadi aset negara yang paling bernilai dan
negara terbentuk berdasarkan acuan yang telah diberi kepada mereka.
Jika acuan itu berbentuk pendidikan, maka remaja yang terhasil adalah
remaja yang berpendidikan. Jika acuan yang diterima remaja berdasarkan hiburan tanpa batasan, maka mereka akan terbentuk sebagai remaja yang
hanya memikirkan mengenai hiburan dan keseronokan semata-mata.
Kita sedia maklum, baik diri kita sebagai remaja turut
mengenal dunia melalui persekitarannya. Apa yang diacu kepada kita melalui
aspek pendidikan, hiburan, sosial, ekonomi dan politik membentuk remaja yang
sebegitu. Tambahan pula, bidang komunikasi dan maklumat berkembang daripada
hanya penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan dan penyebaran maklumat
daripada mulut ke mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata yang tajam iaitu
melalui tulisan di media cetak. Terkini, penggunaan audio visual dan komputer
seperti televisyen, radio dan Internet menjadi saluran menyampaikan sesuatu isu
dan pandangan.
Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen
perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain. Cohen seorang
tokoh komunikasi terkemuka menyatakan,
"dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya
mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang
mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa
yang perlu difikirkan".
Justeru, media mempunyai potensi yang sangat besar dalam
menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada remaja. Ini kerana remaja
kini menjadikan media massa sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa
yang tidak didapati di sekolah ataupun rumah dan mencernakan maklumat tersebut
menjadi fahaman dan pegangan diri mereka.
Kebaikan Media Massa Terhadap Para Remaja serta
Masyarakat
Tokoh-tokoh terdahulu menjadikan media sebagai wacana untuk
menyebarkan kefahaman mengenai kenegaraan, kekeluargaan, kebudayaan, keagamaan
serta banyak lagi. Ini secara tidak langsung bertujuan memupuk nilai-nilai
positif dan baik dalam diri pembaca atau pendengarnya. Misi Nasional menekankan
aspek pembangunan modal insan 'minda kelas pertama' dan bina
upaya untuk melonjak sebagai status negara maju. Melalui Pelan Integriti
Nasional pula, negara menginginkan modal insan yang menekankan penguasaan ilmu
pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu sains dan teknologi, keusahawanan,
pembudayaan sikap progresif, pengamalan nilai etika dan juga menitik beratkan
aspek moral yang tinggi. Oleh itu, media mampu menjadi medium yang luas untuk
mendidik masyarakat terutamanya remaja dalam acuan yang didambakan.
sebenarnya media massa ini penting, kepada setiap individu terutama remaja tapi media massa akan disalah gunakan oleh remaja jika mereka tidak tahu menggunkannya dengan betul dan melalui media massa juga maslah mengenai remaja akan meningkat.. (^_*)
ReplyDeletedahulu media massa memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat,,tpi dengan kemodenan yang ada zaman sekarang ..media massa telah disalahgunakan terutamanya oleh golongan muda,,dengan adanya kecanggihan media massa banyak fitnah tersebar,,kita hanya mampu melihat tpi tidak pandai untuk bertindak,,,gunakan media massa dengan sebaiknya..perkongsian yang menarik,,teruskan perkongsian anda... =)
ReplyDelete