Tuesday, 6 August 2013

Remaja.. Perubahan Diri.. dan Masalah Sosial..

Jika diikutkan, zaman remaja merupakan zaman paling indah buat diri tiap individu masing - masing, saya juga tidak lari dari semua tu.. Pada zaman inilah kami merasakan kami bebas melakukan apa sahaja yang kami mahu.Waktu ini juga dikatakan zaman nakal yang mana segalanya dilakukan mengikut kehendak dan kata hati sendiri, juga pengaruh dari rakan - rakan sebaya yang menginginkan hal yang sama. Melihat kepada status inilah yang menjadikan ramai remaja kini hidup dengan pelbagai permasalahan sosial yang merunsingkan ibu bapa dan juga masyarakat setempat. Kita tahu pelbagai cara dan kaedah yang telah dilakukan oleh banyak pihak untuk menarik golongan seperti kita ini ke arah kebaikan untuk menjadi insan berguna. Walau bagaimanapun, kebanyakan seolah - olah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sedikit generalisasi mengenai remaja: Kita boleh simpulkan masa remaja adalah zaman peralihan dari kanak - kanak kepada dewasa dan merupakan proses kematangan jasmani dan jantina. Remaja diibarat seperti “Singa yang tidur telah terjaga, menegangkan badan dan seolah-olah kuat dan segar dari rehat yang panjang, mula untuk membinasakan struktur yang luas...naluri dapat kekuatan baru akibat kelenjar hormon...kedamaian yang lalu tidak lagi wujud”. 

Remaja juga bersifat altruistic dan egosentrik, rapat dan tidak setia, suka berkawan dan keseorangan, patuh membuta tuli, menentang kuasa, idealistic dan sinis, cuai dan sensitive dan suka berpoya-poya, optimistic dan pesimistik, bersemangat dan tidak peduli (Maxwell Gitelson, 1948). Atas sifat dan ciri yang ada pada remaja inilah memudahkan pengaruh yang positif mahupun negatif menerjah masuk ke alam pemikiran dan membentuk sistem kepercayaan dan nilai tersendiri yang mungkin sukar dibetulkan. Tingkah laku negatif akan cepat diikuti dan berkembang biak sebagai amalan apabila kuatnya pengaruh luar seperti rakan sebaya, media hiburan yang turut membantu memperkemaskan amalan negatif tersebut. Dari sini lahirnya gejala yang pernah disebutkan terdahulu.


3 comments:

  1. assalam...saya tertarik dengan apa yg di k0ngsi nie...
    kat sini kita b0leh taw bahawa bukan media massa jak bg pengaruh negati...tp rakan sebaya gak..so kita kena bhati2 dlm kes berkawan nie...tq atas pk0ngsian nie...lagu pun best...^_^

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...saya jugak berpendapat yg sama... kita harus memilih kawan dan kita juga harus berpegang teguh dgn kata hati..kalau kwn mempengaruhi kita tp kita tetap dgn diri kita,,semua ini tetap juga tidak boleh berlaku...pantauan drpd ibu bapa sgt diperlukan pd masa peralihan umur dah hidup ank2 ini..perkongsian yg menarik..teruskan usaha...

    ReplyDelete
  3. betul tuh, pegaruh media massa dan rakan sebaya juga menjadi masalh remaja meningkat... tapi bgi saya yng penting adalah DIRI SENDIRI.. setiap individu perlu lah sentiasa brfikir setiap perkara negatif yang dilakukan akan memberi kesan kepada dri sendri... ~Insyaallah, cuba perbaiki dri ini~

    ReplyDelete