Saturday, 27 July 2013

Remaja..

Sebut perkataan Remaja semua orang tahu.. semua orang faham..dia remaja,, awak remaja.. saya masih remaja.. Bahkan ada sesetengah orang mempunyai masalah tentang " peningkatan umur yang tidak dapat diterima dan keremajaan yang tidak mahu dilepaskan" hahaha.. Hakikatnya zaman inilah zaman enjoy,, dan seringkali ungkapan sebegini
  
"Ala,rileks la.Sekarang kita enjoy dulu,nanti dah tua taubat la!"
Kita hidup sekali je bro!Enjoy la!

keluar daripada mulut remaja-remaja khusunya remaja Islam hari ini. Ya,memang benar hidup ini mesti enjoy.Tapi cara kita nak enjoy tu mestilah betul. Basically, menurut Rogers, (1951) remaja atau Adolescence bermaksud membesar menjadi matang. Remaja dikatakan berusia di antara 11 hingga 23 tahun, merupakan transisi antara zaman kanak-kanak dengan  zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan ekonomi serta  melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang (Azizi et. Al.,2005). Zaman remaja dikatakan bermula dari akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu tempoh peralihan dalam pusingan hidup  yang melibatkan   banyak perubahan yang berlaku, sama ada dari segi perkembangan fizikal, emosi dan kognitif di mana ia mula minat hubungan dengan rakan sebaya dan mulai belajar peranan kerja, peranan dalam keluarga dan sebagai warga masyarakat.  Zaman remaja dikatakan satu proses untuk  mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan bagi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.

3 comments:

  1. memang btol rami remaja menganggap zaman remaja sbg satu platform utk mereka enjoy..xnafikan semua orang ingin menikmati saat bahagia wktu zamn remaja shgga da sebahagian remaja yang sanggup melupakn ALLAH hanya kerana keseronakan yang yang mereka ingin menikmati.nmun kita kena ingt kemna sja kita pergi,ingtlah ALLAH melihat segala perbuatan kita.....namun bagi aku,,xsemua remaja mempunya sikap mcm 2,,ia bergntung kepada keingin yg wujud dlm diri remaja 2..so pikir2lah..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Allah takkan ubah sesuatu kaum melainkan kehendak mereka sendiri.
    'nak maju gerak sendiri' (reminder diri ini jugak)
    hehe. keep it up kak Lin :)

    ReplyDelete